Tuesday, February 5, 2013

doing history

Asalamualaikum , Salam Sejahtera, Irasaimase, Minasan do desu ka.

Saya dapat rasakan pada masa ini guru-guru sejarah tingkatan 6 dan para pelajar tingkatan 6 tentu sedang sibuk bertungkus lumus dalam membuat persiapan menyiapkan penulisan esei sejarah 940/4.

Kertas 940/4 ini menekan kepada 3 kemahiran yang sepatutnya pelajar kuasai iaitu:

1. kemahiran memilih,mentafsir dan mengintegrasi maklumat
2. kemahiran menyusun dan menggunakan bukti
3. kemahiran menyampaikan idea menerusi laras bahasa yang kemas

Sebenarnya terdapat tiga peringkat dalam menulis esei sejarah yang panjangnya
2500-3000 patah perkataan ini.


1. Peringkat Penyelidikan atau Pra Penulisan iaitu peringkat yang paling mencabar dan susah . Pelajar perlu menggunakan sepenuhnya kemahiran memilih maklumat atau bukti, kemudian mentafsir maklumat tersebut dan akhirnya mengitegrasikan semua maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian.

2. Peringkat Penulisan tidak susah jika kita mempunyai maklumat atau bukti yang mencukupi dan menjawab persoalan kajian yang kita nyatakan dalam proposal kajian. Plan penyelidikan atau working plan sangat penting dalam menyusun esei dari pengenalan,isi dan penutup. Pada masa inilah kita perlu rujuk kad nota dan kad bilbiografi yang telah dibuat pada peringkat pertama. Kita menulis berdasarkan plan penyelidikan supaya isi itu berkembang secara teratur, koheren dan menjawab persoalan kajian. Disinilah kita perlu menyusun maklumat,menguna maklumat dan menjadikannya sebagai hasil/dapatan kajian dalam erti kata yang lain esei sejarah. Formatnya mudah Pengenalan,Isi dan Penutup.

3. Peringkat ketiga adalah hasil penyelidikan iatu dapatan kajian yang dipanggil esei sejarah yang telah siap.
Pada peringkat ini juga pelajar perlu menyediakan bahan untuk pembentangan hasil kajian kepada pemeriksa.
Di peringkat ini pelajar sudah bersedia dengan 3 perkara untuk pentafsiran dan penilaian iaitu
1. Proposal Kajian ( 7 markah )
2. Esei Sejarah      ( 40 markah )
3. Pembentangan   ( 8 markah )

Ja gambatte ne. Teruskan perjuangan anda. Penyelidikan ini akan menjadikan anda seorang pelajar sejarah yang menggunakan kemahiran dan kaedah sejarah. 



No comments:

Post a Comment