Tuesday, February 5, 2013
cari bahan di Arkib Negara Malaysia
Langkah-langkah untuk mencari maklumat awal di laman web arkib
1. http://www.arkib.gov.my/ masuk ke alamat tersebut
2. Di Front Page pergi ke Perkhidmatan dalam talian
3. Click pada Carian Bahan Arkib
4. Carian Bahan Arkib
5. 1. MASUKAN TEKS CARIAN
carian
carian terperinci tandakan semua
tempat tandakan berdekatan dengan anda
6.clik cari
7. MAKLUMAT BAHAN
8. Anda akan dapat maklumat tentang
8.1 tajuk
8.2 diskripsi
8.3 Lokasi
8.4 No Penerimaan/ No Rujukan
8.5 Sumber
doing history
Asalamualaikum , Salam Sejahtera, Irasaimase, Minasan do desu ka.
Saya dapat rasakan pada masa ini guru-guru sejarah tingkatan 6 dan para pelajar tingkatan 6 tentu sedang sibuk bertungkus lumus dalam membuat persiapan menyiapkan penulisan esei sejarah 940/4.
Kertas 940/4 ini menekan kepada 3 kemahiran yang sepatutnya pelajar kuasai iaitu:
1. kemahiran memilih,mentafsir dan mengintegrasi maklumat
2. kemahiran menyusun dan menggunakan bukti
3. kemahiran menyampaikan idea menerusi laras bahasa yang kemas
Sebenarnya terdapat tiga peringkat dalam menulis esei sejarah yang panjangnya
2500-3000 patah perkataan ini.
3. Peringkat ketiga adalah hasil penyelidikan iatu dapatan kajian yang dipanggil esei sejarah yang telah siap.
Pada peringkat ini juga pelajar perlu menyediakan bahan untuk pembentangan hasil kajian kepada pemeriksa.
Di peringkat ini pelajar sudah bersedia dengan 3 perkara untuk pentafsiran dan penilaian iaitu
1. Proposal Kajian ( 7 markah )
2. Esei Sejarah ( 40 markah )
3. Pembentangan ( 8 markah )
Saya dapat rasakan pada masa ini guru-guru sejarah tingkatan 6 dan para pelajar tingkatan 6 tentu sedang sibuk bertungkus lumus dalam membuat persiapan menyiapkan penulisan esei sejarah 940/4.
Kertas 940/4 ini menekan kepada 3 kemahiran yang sepatutnya pelajar kuasai iaitu:
1. kemahiran memilih,mentafsir dan mengintegrasi maklumat
2. kemahiran menyusun dan menggunakan bukti
3. kemahiran menyampaikan idea menerusi laras bahasa yang kemas
Sebenarnya terdapat tiga peringkat dalam menulis esei sejarah yang panjangnya
2500-3000 patah perkataan ini.
1. Peringkat Penyelidikan atau Pra Penulisan iaitu peringkat yang paling mencabar dan susah . Pelajar perlu menggunakan sepenuhnya kemahiran memilih maklumat atau bukti, kemudian mentafsir maklumat tersebut dan akhirnya mengitegrasikan semua maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian.
2. Peringkat Penulisan tidak susah jika kita mempunyai maklumat atau bukti yang mencukupi dan menjawab persoalan kajian yang kita nyatakan dalam proposal kajian. Plan penyelidikan atau working plan sangat penting dalam menyusun esei dari pengenalan,isi dan penutup. Pada masa inilah kita perlu rujuk kad nota dan kad bilbiografi yang telah dibuat pada peringkat pertama. Kita menulis berdasarkan plan penyelidikan supaya isi itu berkembang secara teratur, koheren dan menjawab persoalan kajian. Disinilah kita perlu menyusun maklumat,menguna maklumat dan menjadikannya sebagai hasil/dapatan kajian dalam erti kata yang lain esei sejarah. Formatnya mudah Pengenalan,Isi dan Penutup.
3. Peringkat ketiga adalah hasil penyelidikan iatu dapatan kajian yang dipanggil esei sejarah yang telah siap.
Pada peringkat ini juga pelajar perlu menyediakan bahan untuk pembentangan hasil kajian kepada pemeriksa.
Di peringkat ini pelajar sudah bersedia dengan 3 perkara untuk pentafsiran dan penilaian iaitu
1. Proposal Kajian ( 7 markah )
2. Esei Sejarah ( 40 markah )
3. Pembentangan ( 8 markah )
Ja gambatte ne. Teruskan perjuangan anda. Penyelidikan ini akan menjadikan anda seorang pelajar sejarah yang menggunakan kemahiran dan kaedah sejarah.
Thursday, January 10, 2013
contoh esei sejarah dan penggunaan nota hujung
2.2 Pendidikan Di Madrasah atau Pondok
Pada masa kini, sistem pendidikan
madrasah ataupun pondok kurang memainkan peranan dalam memberikan pendidikan
kepada masyarakat terutamanya para pelajar. Ini disebabkan kerajaan telah
menubuhkan sekolah-sekolah agama untuk memberikan pendidikan agama kepada para
pelajar yang terdiri daripada masyarakat Melayu Islam.
Pendidikan agama yang dijalankan
di madrasah semakin merosot dari sehari ke sehari. Ini disebabkan oleh masalah
kekurangan tenaga kerja iaitu guru-guru agama dan kemerosotan bilangan pelajar
yang mendaftar di sekolah-sekolah agama. Selain itu, institusi-institusi ini
juga mengalami masalah kewangan yang amat genting tetapi Jabatan Agama Negeri
telah memberikan bantuan untuk mengelakkan penutupan madrasah-madrasah
tersebut.
Faktor-faktor ini merupakan
faktor penentu dalam perubahan nilai-nilai masyarakat yang membawa kepada
kemerosotan sekolah-sekolah madrasah dalam tahun 1960an. Pada masa ini juga
menyaksikan keruntuhan pendidikan pondok di Malaysia. Sebilangan kecil
pendidikan ‘pondok’ yang masih wujud yang belum diubah menjadi ‘madrasah’ tidak
dapat bersaing dalam zaman moden ini dan harus ditutup. Hanya tinggal beberapa
‘pondok’ sahaja yang masih wujud di Kelantan.24
Zaman ini juga merupakan zaman
bermulanya kemerosotan madrasah. Di antara tahun 1967 dan 1970, jumlah madrasah
di Kelantan semakin berkurangan iaitu daripada 151 buah madrasah menjadi 111
buah sahaja. Lima buah sekolah agam telah ditutup pada tahun 1971 di Kedah.
Para pelajar sekolah agama di Kelantan mengemukakan bantahan kerana kedua-dua
buah negeri itu merupakan negeri yang mempunyai Jabatan Agama Negeri yang besar
dan berkuasa.25
Para pelajar mengadu tentang
pencapaian yang kurang memuaskan dalam peperiksaan kebangsaan terutamanya dalam
sains, matematik dan Bahasa Inggeris akan merugikan mereka apabila mereka mencari
pekerjaan atau memohon untuk melanjutkan pelajaran. Para pelajar meminta supaya
sekolah-sekolah itu haruslah diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan agar
pentadibiran sekolah-sekolah itu dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan
terancang.
Walaupun sekolah-sekolah agama
mengalami kemerosotan dan masalah tetapi beberapa buah institusi tinggi
pendidikan Islam telah ditubuhkan pada zaman ini. Pada 1959, Jabatan Pengajian
Islam telah diwujudkan di Fakulti Sastera, Universiti Malaya. Ini merupakan
langkah yang penting kerana buat pertama kali, mahasiswa-mahasiswa dalam
pengajian Islam boleh mengambil ijazah sarjana yang mempunyai standard yang
sama dengan bidang-bidang pengajian yang lain. Jabatan Pengajian Islam amat
diperlukan kerana kolej Islam di Klang belum dapat memenuhi permintaan untuk
pendidikan tinggi Islam.26
Pada tahun 1966, terdapat 467
buah sekolah agama dengan jumlah pelajar seramai 55,303 pelajar di Semenanjung
Malaysia. Kolej Islam hanya mengeluarkan sijil bertaraf ‘diploma’ sahaja dan
lebih rendah daripada ijazah. Institusi pendidikan tinggi yang lain seperti
Yayasan Pengajian Tinggi Nilam telah ditubuhkan pada tahun 1965 di Nilam Puri,
Kelantan.27
Kesimpulan
Boleh dirumuskan di sini
bahawa pendidikan itu mencakupi bidang dan maksud yang luas sama ada ia
menyentuh tentang Pendidikan Melayu Islam ataupun sebaliknya. Seperti yang telah diketahui umum sistem
pendidikan kita bermula daripada sistem pendidikan tidak formal sehinggalah
mengalami arus perubahan kepada pendidikan formal.
Pendidikan tidak formal ini
bolehlah diaplikasikan sebagai pendidikan yang diperolehi daripada ibu bapa,
masyrakat sekelilingnya seperti di tempat kerja, jiran dan
sebagainya. Manakala sistem pendidikan formal adalah sistem
pendidikan yang bercorak sistematik dan diatur oleh sesebuah kerajaan atau
badan yang bertanggungjawab dalam merealisasikan sistem pendidikan yang
sempurna.
Sistem pendidikan formal
yang bermula dari sekolah rendah lagi berterusan hingga ke menara gading atau
lebih sinonim dengan nama `universiti’ yang merupakan peringkat tertinggi dalam
sistem pendidikan di sesebuah negara.
Apapun pendidikan yang dijalankan sama ada formal ataupun tidak tetapi
tujuannya adalah satu iaitu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat
kanak-kanak hinggalah dewasa. Boleh
dikatakan di sini pendidikan formal yang berakhir di peringkat universiti tidak
berakhir di situ sahaja, sebaliknya pendidikan tidak formal yang dapat
diperolehi di tempat kerja dan menerusi media yang menjadi kesinambungan kepada kelansungan
sistem pendidikan itu sendiri.
Tidak dinafikan di dalam
sesebuah negara yang telah merdeka daripada cengkaman penjajahan sistem
pendidikan di dalam negara tersebut seperti Malaysia mengalami proses asimilasi
dalam sistem pendidikan kita kini.
Bagaimanapun sistem pendidikan vernakular yang diperkenalkan oleh pihak
penjajah adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di kalangan
masyarakat Melayu, memberikan pengetahuan moral dan memperbaiki tahap pemikiran
masyarakat Melayu.
Sistem pendidikan kini telah
mengalami perubahan daripada sistem lisan kepada tulisan dalam mata pelajaran
seperti sains, matematik, bahasa dan sebagainya. Usaha kerajaan ini adalah bertujuan untuk
menghasilkan tenaga kerja yang mahir, berhemah tinggi dan berkaliber dalam
memenuhi keperluan dan tenaga buruh mahir pada masa kini dan hadapan. Masyarakat juga beranggapan bahawa dengan
adanya sistem pendidikan yang lebih teratur dapat menyediakan kehidupan lebih
berkualiti bagi setiap individu.
nota Hujung
24 Rosnani
Hashim, Educational Dualism In Malaysia: Implications for the theory and
practice, Oxford University Press, 1996, hlm 62.
25 Ibid, hlm
62.
26 Ibid, hlm
62
27 Ibid, hlm
62 – 63
B
I B L
I O G
R A F I
1. Dr. Sobri Salamon
& Dr. Harun Din, Falsafah Pendidikan Islam dan Dasar
Kebangsaan dan Dasar Pelajaran Malaysia, 1988.
2. Abu Bakar Nordin, Reformasi
Pendidikan dan Menghadapi Cabaran 2020, Kuala Lumpur, 1994.
3. Ibrahim Saad, Perubahan
Pendidikan Di Malaysia: satu cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1992.
4. Ismail Hussein, A.
Aziz Deraman & Abd Rahman Al-Ahmad, Tamadun Melayu: Jilid Dua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1993.
5. Khailani Abdul
Jalil & Ishak Ali Shah, Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur dan
Strategi, Selangor, 1993.
6. Mok Soon Sang
& Lee Shok Mee, Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur, 1981.
7. Rosnani Hashim, Educational
Dualism In Malaysia: Implications for theory and practice, Oxford
University Press, New York, 1996.
8. Shahril @ Charil
Marzuki, Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan dan Cabaran, Utusan
Publications and Distributors Sdn Bhd, 1999.
SUMBER SEJARAH
SUMBER
sumber sejarah diertikan sebagai bahan bertulis atau bercetak. Mengikut definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan bererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti seperti surat beranak, surat nikah dan surat rasmi. Antara sumber ini temasuklah bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah dan titah perintah dan kadangkala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga dianggap sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai sumber utama ialah keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang pertama sekali mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku itu. Sumber utama juga dikenali sebagai sumber primer atau primary
source.
SUMBER PERTAMA/PRIMER:
- Sumber Artifak
- Dokumen Kerajaan
- Sumber Peribadi
- Sumber Agama
- Batu Bersurat Buku Harian
- Warkah
- Watikah
- Titah Perintah
- Catatan
sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan sumber-sumber utama tadi. Sumber kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, disertasi atau buku
Sumber Kedua
- Akhbar-akhbar
- Majalah
- Sumber Karangan atau Esei
- Latihan Ilmiah
- Buku-buku
- Tesis
- Rencana
- ensaiklopedia
Sumber Lisan
- Percakapan-pertuturan - Temu bual
- Perbincangan
- Temuduga
Thursday, January 3, 2013
SOALAN 940/4
Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di
bawah ini.
¢Tema 1
¢Sejarah tempat
¢Tema 2
¢Sejarah ekonomi
¢Tema 3
¢Sejarah seni dan kebudayaan
¢Tema 4
¢Sejarah perubatan dan kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)